BINA DAYA TAHAN, KUKUHKAN KOMITMEN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/91b3f8bc-2dc4-4bc4-b78d-3be3003135e8/CS-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-91b3f8bc-2dc4-4bc4-b78d-3be3003135e8-mPhmyBz /web/wcm/connect/pioneer/91b3f8bc-2dc4-4bc4-b78d-3be3003135e8/CS-1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-91b3f8bc-2dc4-4bc4-b78d-3be3003135e8-mPhmyBz /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/diplomacy/2018-q1/malay/jan18_cs-ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/diplomacy/2018-q1/malay/jan18_cs-ms
jan18_cs-ms
01 Jan 2018 | DIPLOMACY

BINA DAYA TAHAN, KUKUHKAN KOMITMEN

Apabila Singapura mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada tahun 2018, PIONEER melihat sejauh mana pencapaian kumpulan dan apa yang dijangkakan dalam tahun yang akan datang.

// LAPORAN TEO JING TING

// GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER, ONG HONG TAT & GERALDINE ANG

English 华文
English 华文

ASEAN ialah sebuah platform penting bagi negara-negara di Asia Tenggara untuk bekerja bersama-sama, menjalinkan kerjasama dan meningkatkan kehidupan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyatakan perkara ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 yang telah berlangsung di Manila pada 14 Nov 2017, apabila beliau menerima "tukul kayu" simbolik daripada Presiden Filipina Rodrigo Duterte bagi menandakan penyerahan jawatan pengerusi ASEAN.

Menekankan kepentingan perikatan, En. Lee menyatakan: "ASEAN ialah bot penyelamat untuk kesemua 10 buah negara di Asia Tenggara untuk bersatu, bekerjasama, memastikan suara kita didengari di pentas dunia dan berupaya untuk menguruskan sendiri masalah kita, serta bekerjasama bagi meningkatkan kehidupan rakyat kita di Asia Tenggara."

Di bawah tema daya tahan dan inovasi, Singapura berhasrat untuk menangani cabaran keselamatan yang baru muncul dengan lebih baik seperti keselamatan siber, jenayah dan keganasan transnasional atau rentas negara, tegas En. Lee.

Cara ini, ASEAN boleh menjadi kuasa pusat dengan kemampuan untuk menangani cabaran dan peluang, serta menggalakkan dan menegakkan perintah serantau berasaskan peraturan.

Menteri-menteri pertahanan dan wakil-wakil daripada pelbagai negara menghubungkan tangan bagi membuktikan kerjasama dan semangat muhibah pada mesyuarat ADMM-Plus yang buat julung kali dilangsungkan pada tahun 2010.

"Singapura berbesar hati mengambil alih jawatan pengerusi ADMM dan ADMM-Plus... Ia adalah waktu yang penting dan kita mengiktirafnya - terdapat banyak cabaran untuk ASEAN pada masa hadapan." 

QUOTE-C-credit

Teras utama bagi tahun 2018

Begitu juga, sebagai pengerusi ADMM, Singapura merancang untuk mengukuhkan kerjasama dan membina daya tahan di kalangan negara anggota ASEAN dan lapan negara "Tambahan". Secara khusus, Singapura akan memfokuskan pada tiga teras utama: menggalakkan kerjasama menentang keganasan (CT); mengembangkan keupayaan kolektif  bagi mempertahankan ancaman bahan kimia, biologi dan radiologi; dan menyebarkan langkah-langkah membina keyakian yang kritikal dalam bidang penerbangan dan maritim.

Menyatakan pengepungan di Marawi sebagai peringatan untuk semua negara ASEAN, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan: "(Marawi telah) memberi amaran menggerunkan bahawa kemusnahan yang kita saksikan di Iraq dan Syria tidak mustahil berlaku di tempat kita …(jadi) salah satu fokus kita akan berkisar pada keganasan dan kita akan mengadakan sesi khas mengenai keganasan pada peringkat kepimpinan yang tertinggi."

Beliau juga berkongsi perkara ini pada ADMM-Plus yang ke-4, di tengah-tengah perbincangan mengenai ancaman keganasan yang semakin meningkat di peringkat serantau dan keadaan di Semenanjung Korea. Mesyuarat juga telah dilangsungkan di Filipina pada bulan Oktober yang lalu, tempoh yang sama pengepungan di Marawi ditamatkan.

Singapura juga merancang untuk menggalakkan perkongsian maklumat mengenai bagaimana negara-negara individu boleh menangani serangan bahan kimia, nuklear dan radiasi, serta langkah-langkah-langkah membina keyakinan dan kerjasama ketenteraan praktikal bagi "membina pemahaman, jika bukan kepercayaan " di kalangan negara anggota, tambah Dr Ng.


Tahukah anda?

ASEAN yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1967, adalah hasil hasrat negara-negara anggota pengasas untuk membina sebuah rantau yang aman dan stabil, serta menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosio-budaya yang lebih rapat di kalangan anggotanya.


Pasukan angkatan tentera khas daripada negara-negara anggota bekerjasama untuk menyerbu "tempat persembunyian pengganas " pada sesi Latihan MS dan CT ADMM-Plus 2016.

ASEAN bersatu

ADMM yang dilancarkan pada 9 Mei 2006, ialah sebuah platform yang membenarkan dialog yang terbuka dan membina tentang isu-isu keselamatan serantau yang menjadi kepentingan bersama di peringkat  menteri.

Selain daripada menggalakkan kerjasama praktikal di kalangan angkatan bersenjata ASEAN, ia membantu memastikan bahawa negara-negara anggota hidup dengan aman antara satu sama lain dan seluruh dunia.

Bagi meningkatkan kerjasama di kalangan pasukan ketenteraan ASEAN, ADMM telah mendorong kerjasama dalam tujuh bidang - Keselamatan Maritim (MS), Ubat Ketenteraan (MM), CT, Operasi Menjaga Keamanan, Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR), Tindakan Periuk Api Kemanusiaan dan Keselamatan Siber.

Pada tahun 2010, menteri-menteri pertahanan ASEAN menandatangani pengisytiharan bersama bagi mengalu-alukan lapan negara "Plus" - Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat (AS). Bersama-sama dengan negara-negara anggota ASEAN, mereka membentuk ADMM-Plus.

Pencapaian ketara dalam sejarah ASEAN, ADMM-Plus adalah respons penting kepada pembangunan strategik yang berkembang pesat di rantau yang lebih luas. Ia memberi laluan untuk menteri-menteri pertahanan dan pegawai-pegawai pertahanan kanan dari negara-negara ASEAN dan "Plus" untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu pertahanan dan keselamatan serantau.

"Saya sangat bersyukur untuk mendengar semua negara ADMM-Plus menyatakan sokongan mereka," ujar Menteri Pertahanan pada masa itu iaitu Teo Chee Hean, selepas mesyuarat pertamanya di Hanoi, Vietnam pada 12 Okt 2010.

"Mereka melihat ASEAN sebagai entiti yang boleh dipercayai (sememangnya) yang berupaya menyatakan semua negara penting ini dan menjalinkan kerjasama."

Pada tahun 2012, negara-negara anggota ASEAN memutuskan untuk memendekkan selang masa mesyuarat ADMM-Plus daripada sekali dalam tiga tahun kepada sekali dalam dua tahun. Mesyuarat berikutnya telah dilangsungkan pada tahun 2013 dan 2015.

Pada mesyuarat ADMM yang ke-11 pada tahun lalu, ia telah diputuskan bahawa mesyuarat ADMM-Plus patut dilangsungkan setiap tahun. Dr Ng juga menegaskan kepentingan platform dalam menggalakkan kerjasama praktikal bagi mengukuhkan saling boleh kendali di kalangan pasukan ketenteraan ADMM-Plus, serta mengumumkan bahawa Singapura akan menganjurkan ADMM yang ke-12 dan ADMM-Plus yang ke-5 pada tahun 2018.


Tahukah anda?

Semasa ADMM-Plus pertama pada tahun 2010, Kumpulan Kerja Pakar (EWGs) dalam lima bidang - Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana, Ubat Ketenteraan, Keselamatan Maritim, Menentang Keganasan dan Operasi Menjaga Keamanan - telah diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama praktikal antara pasukan ketenteraan.

Tiga tahun kemudian, EWG baru mengenai Tindakan Periuk Api Kemanusiaan telah ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota dalam penemuan bom, periuk api dan bahan letupan yang ditinggalkan daripada perang dan konflik.

Baru-baru ini, Singapura dan Republik Korea mengambil alih jawatan pengerusi EWG mengenai Keselamatan Maritim dari tahun 2017 hingga 2020. Pada mesyuarat pertama di bawah jawatan pengerusi bersama mereka, yang dilangsungkan di Singapura bermula 1 hingga 3 Nov 2017, pakar-pakar bersetuju dengan beberapa inisiatif bagi menggalakkan kepercayaan antara negara-negara dan meningkatkan keselamatan maritim.


Kerjasama ketenteraan praktikal

Pada tahun 2011, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menganjurkan bersama Latihan HADR Ketenteraan ASEAN (AHX) yang pertama. Latihan tersebut yang dijalankan mulai 12 hingga 14 Jul, (bersambung di muka surat 18) melibatkan lebih daripada 100 anggota daripada pasukan ketenteraan ASEAN.

Walaupun latihan itu berskala kecil, ia menandakan kali pertama pasukan tentera ASEAN berkumpul bagi meningkatkan keupayaan kolektif mereka untuk menangani keadaan bantuan bencana.

Ini membuka laluan untuk ADMM-Plus menjalankan latihan HADR dan MM yang pertamanya pada tahun 2013. Dilangsungkan dari 17 hingga 20 Jun, latihan tersebut telah dianjurkan oleh Brunei dan dianjurkan bersama oleh China, Jepun, Singapura dan Vietnam.

Menerangkan kepentingan latihan, Pengarah Operasi Bersama pada waktu itu Brigadier Jeneral Ngien Hoon Ping menyatakan bahawa ia menyediakan persekitaran yang berguna dan selamat untuk pasukan ketenteraan bekerjasama dan menggalakkan keyakinan, keamanan dan kestabilan.

"Ia membuktikan bahawa landasan ADMM dan ADMM-Plus adalah sangat praktikal dan boleh laksana. Ia bukan sahaja tentang perbincangan, konsep dan dasar. Anda boleh melihat kerjasama praktikal di sini (iaitu di daratan) di Brunei," tambah beliau added.


Tahukah anda?

Pada ADMM ke-10 pada tahun 2016, ketua-ketua pertahanan ASEAN memutuskan untuk mengguna pakai kertas konsep yang dicadangkan oleh Filipinan untuk menubuhkan EWG ke-7 mengenai Keselamatan Siber.

Tanda bahawa ASEAN telah memberi perhatian kepada isu keselamatan siber, kumpulan kerja ini menyediakan platform formal untuk negara-negara bertukar kepakaran dan pengetahuan, serta menggalakkan kerjasama praktikal di rantau. EWG baru akan dipengerusikan bersama oleh New Zealand dan Filipina dari tahun 2017 hingga 2020.


Fokus yang ditingkatkan terhadap menentang keganasan

Tiga tahun kemudian, SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menganjurkan latihan ADMM-Plus yang pernah dianjurkan setakat ini.

Dilangsungkan dari 2 hingga 12 Mei 2016, latihan MS dan CT ADMM-Plus melibatkan kira-kira 3,500 anggota, 18 kapal tentera laut, 25 pesawat dan 40 pasukan Angkatan Tentera Khas (SF). Bahagian MS telah dianjurkan bersama oleh Brunei dan New Zealand, manakala bahagian CT telah dianjurkan bersama oleh Australia dan Singapura.

Latihan bermula dengan fasa MS, di mana angkatan tentera multinasional Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) daripada SAF dan SF dari Brunei, Republik Korea dan Thailand menggembleng tenaga untuk menyerbu kapal yang dirampas dalam perjalanan dari Brunei ke Singapura.

Pada masa yang sama, askar SOTF dan pasukan SF daripada 14 negara lain menyerbu tempat persembunyian pengganas di Singapura, di mana terletaknya kumpulan pengganas yang bertanggungjawab melakukan rampasan.

Dr Ng, yang menyaksikan latihan akhir penyerbuan di darat yang dijalankan di Singapura pada 9 Mei 2016, menyatakan bahawa jumlah sumber dan tenaga manusia yang dilaburkan oleh 18 buah negara itu membuktikan komitmen yang kukuh.

"Ia adalah isyarat yang sangat jelas bahawa, di bahagian dunia ini, kami mengambil serius isu keselamatan maritim dan ancaman keganasan, serta terdapat usaha pelbagai negara untuk memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini."

Beliau menambah bahawa latihan tersebut adalah sangat penting bagi Singapura kerana ancaman keganasan dan maritim adalah bersifat rentas sempadan dan SAF sedang berusaha meningkatkan keupayaan CTnya.


Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa terdapat lagu kebangsaan rasmi untuk ASEAN?

Bertajuk "ASEAN Way", lagu tersebut telah dicipta dan digubah oleh tiga warga Thai - seorang bekas wartawan dan dua lagi komposer lagu - bagi pertandingan lagu kebangsaan ASEAN. Lagu tersebut akhirnya dipilih daripada 99 penyertaan lain dari 10 buah negara ASEAN dan diguna pakai secara rasmi pada 20 Nov 2008.

Menariknya, "ASEAN Way" juga merujuk kepada pendekatan ASEAN untuk menyelesaikan masalah, yang mengambil kira norma budaya dan penetapan minda Asia Tenggara.


Pencapaian Penting ADMM

2006

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama telah dilangsungkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 9 Mei.

2007

Pada mesyuarat ADMM yang ke-2, menteri-menteri pertahanan ASEAN menandatangani Pengisytiharan Bersama untuk menggunakan kertas konsep ADMM-Plus yang akan membenarkan institusi-institusi pertahanan ASEAN untuk melibatkan negara-negara di luar Asia Tenggara dalam perkara melibatkan isu-isu keselamatan kepentingan bersama. Persidangan telah dilangsungkan di Singapura bermula 13 hingga 15 Nov.

2010

Pada mesyuarat ADMM yang ke-4, para anggota bersetuju dengan format ADMM-Plus, mengalu-alukan lapan buah negara - Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat - untuk menyertai mesyuarat ADMM-Plus pertama yang kemudiannya dilangsungkan di Vietnam pada bulan Oktober.

"Mesyuarat ADMM-Plus hari ini telah mencipta sejarah. Buat kali pertama, ASEAN mempunyai lapan anggota utama dalam satu mesyuarat. Kami berjaya melakukan satu perbincangan yang bagus dan bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu yang menjadi kebimbangan kami dalam bidang pertahanan dan keselamatan." 

QUOTE-A-credit

2011

Lebih daripada 100 anggota daripada pasukan tentera ASEAN mengambil bahagian dalam Latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana Ketenteraan ASEAN yang pertama.

Semasa latihan tersebut, para peserta menghadiri bengkel selama dua hari di Singapura dan menyaksikan simulasi misi pemindahan menggunakan helikopter yang melibatkan aset-aset Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Cilodong, Indonesia, di mana pakej bantuan telah diedarkan kepada komuniti tempatan.

Pasukan perubatan bersama SAF-TNI juga menjalankan program tindakan awam perubatan di Jawa Barat di sepanjang latihan selama tiga hari itu.

2013

Kira-kira 3,200 askar, tujuh buah kapal dan 15 helikopter daripada 18 buah negara berkumpul untuk Latihan HADR ADMM-Plus dan Ubat Ketenteraan yang pertama, yang telah dianjurkan oleh China, Jepun, Singapura dan Vietnam bermula 17 hingga 20 Jun di Brunei.

SAF mengerahkan 340 skar, Kapal Pendaratan (LST), empat helikopter Super Puma dan juga aset-aset perubatan dan jurutera tempur. LST mengangkut aset-aset daratan ke Brunei, manakala helikopter memindahkan mangsa semasa latihan tersebut.

2015

Pada mesyuarat ADMM yang ke-9, negara-negara anggota berikrar untuk bertindak balas secara kolektif terhadap ancaman pertubuhan pelampau kepada rantau, memandangkan ancaman yang semakin meningkat daripada Negara Islam Iraq dan Syria.

2016

Latihan Keselamatan Maritim dan Menentang Keganasan ADMM-Plus menyaksikan 3,500 anggota, 18 kapal tentera laut, 25 pesawat dan 40 pasukan Tentera Khas berganding bahu.

Latihan ADMM-PLUS yang dilangsungkan di Singapura dan Brunei pada bulan Mei yang merupakan latihan yang terbesar setakat ini telah dianjurkan bersama oleh Australia, Brunei, New Zealand dan Singapura.


Pandangan Pakar

Mengapa harus Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) berhati-hati? Adakah Singapura mengambil langkah mengikut hala tuju yang betul? Ketua Pusat Pengajian ASEAN di Institut ISEAS-Yusof Ishak, Dr Tang Siew Mun berkongsi pandangan beliau tentang fokus Singapura dan cabaran ADMM. Berikut adalah pandangannya - disimpulkan dalam tujuh perkara.

Cabaran utama

1. Kepercayaan adalah penting.

"Kepercayaan yang tinggi dipertaruhkan untuk berkongsi apa yang anda tahu dengan pihak ketenteraan lain. Tetapi kita perlu menanamkan kepercayaan tersebut dalam diri kita," tegas Dr Tang.

"Kita terikat dengan kepentingan bersama untuk menguruskan keganasan dan akhirnya, menghapuskan ancaman. Kita benar-benar sehaluan dalam hal ini dan kita tidak boleh selamat jika kita tidak bekerjasama. Semoga dengan pengetahuan ini, perkongsian maklumat akan menjadi keutamaan."

Walaupun membina kepercayaan adalah sukar, mengekalkannnya lebih sukar.

Mengenai tiga teras utama Singapura

2. Menentang Keganasan (CT) akan kekal bersama kami seumur hidup.

Negara-negara anggota ASEAN perlu mempercayai satu sama lain untuk berkongsi taktik dan maklumat supaya semua pihak boleh menikmati faedah, ujar Dr Tang.

Dengan pengepungan Marawi membawa keganasan ke peringkat bandar, membawa pendekatan seluruh kerajaan, termasuk kedua-dua pasukan tentera dan polis daripada negara-negara yang berbeza, boleh meningkatan perkaitan latihan CT ADMM.

3. Fokus pada ancaman Bahan Kimia, Biologi dan Radiologi (CBR) adalah baru tetapi ia relevan.

Ini mungkin bidang yang tidak diterokai, tetapi ancaman betul-betul berlaku. Terdapat kemungkinan bahawa dalam 10 hingga 15 tahun yang akan datang, reaktor nuklear awam akan muncul dari dalam rantau.

Jika bencana berlaku, terdapat peluang yang tinggi bahawa seluruh rantau juga akan terjejas. Membincangkan agenda ini akan mendorong negara-negara anggota ASEAN untuk mula melihat kepada isu ini.

4. Sempadan-sempadan Asia Tenggara adalah terdedah kepada ancaman.

Dengan pengepungan Marawi, Filipina telah menjadi tempat percambahan Negara Islam Iraq dan Syria. Keadaan ini sebahagiannnya disebabkan oleh penyeludupan maritim yang melibatkan manusia dari Malaysia dan Indonesia. Selain daripada penyeludupan manusia, cetak rompak, rompakan yang dibawa melalui laut dan jenayah rentas negara telah melanda sempadan-sempadan di Asia Tenggara sejak sekian lama.

Bagi mengurangkan masalah-masalah ini, hubungan kerja yang lebih kukuh dan kawalan maritim yang lebih ketat di kalangan negara-negara angora perlu diwujudkan.

Melangkah ke hadapan

5. Ia bukan lagi semata-mata tentang Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana…

ADMM perlu mencipta semula dirinya dan mencari bidang kerjasama yang berpotensi bagi menangani ancaman baru dan memuncul, ujar Dr Tang.

Menggelar teras utama Singapura satu langkah dalam hala tuju yang betul, beliau menyatakan: "Ianya akan mencabar untuk menyatakan sokongan dalam bidang CBR, tetapi perkara ini akan berguna dan penting untuk rantau ini dalam jangka panjang... Teras-teras ini akan kekal relevan di sepanjang beberapa dekad yang akan datang dan semoga ianya membuka ruang baru untuk kerjasama lebih erat."

6. Latihan yang lebih penting adalah dengan ADMM-Plus

ADMM-Plus membenarkan ASEAN memanfaatkan keupayaan ketenteraan yang lebih maju seperti yang dibekalkan oleh Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Melalui kerjasama dan latihan dengan satu sama lain di rantau ini, hubungan lebih kukuh dijalinkan dan negara-negara "Plus" juga memperoleh pemahaman lebih baik mengenai rantau ASEAN.

7. ADMM-Plus perlu dipastikan terus relevan

Walaupun kuasa-kuasa besar seperti China dan AS memilih untuk melibatkan ADMM secara berasingan, ASEAN tidak boleh bekerjasama dengan mereka tanpa penglibatan negara-negara "Plus".

Dr Tang menjelaskan: "Cabaran untuk ASEAN adalah untuk menyatukan ADMM-Plus kerana ASEAN memainkan peranan memudah cara untuk memastikan persefahaman untuk bekerjasama di rantau kita."

Sebagai contoh, walaupun India dan Republik Korea agak jauh daripada satu sama lain, mereka bertumpu di ASEAN untuk bekerjasama melalui ADMM-Plus.

"Kita tidak boleh mengabaikan kuasa pertengahan dan perkaitan bagi mereka untuk berada di dalam ADMM-Plus mesti dipelihara."

Perbualan Dengan China Dan AS

Mengukuhkan hubungan ASEAN-China 

Pada aturcara sampingan mesyuarat ADMM ke-11 dan ADMM-Plus ke-4 yang dilangsungkan tahun lalu, Dr Ng bertemu Ahli Majlis Negara China dan Menteri Pertahanan Negara Jeneral (GEN) Chang Wanquan pada 23 Okt 2017.

Kedua-dua pihak membincangkan inisiatif praktikal lanjut bagi memajukan hubungan ASEAN-China, yang termasuk merancang untuk menjalankan latihan maritim ASEAN-China yang pertama.

Sebagai Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-China dari tahun 2015 hingga 2018, Singapura berkongsi hubungan pertahanan yang rapat dengan China. Sebagai tambahan kepada interaksi dan pertukaran dua hala peringkat tinggi, Tentera Pembebasan Rakyat dan SAF kerap menjalankan latihan bersama seperti Kerjasama Latihan (latihan tentera) dan Kerjasama Latihan Maritim, iaitu latihan tentera laut dua hala yang diperkenalkan pada tahun 2015.

Singapura, AS akan berusaha menentang keganasan

Semasa mesyuarat beliau dengan Setiausaha Pertahanan AS James Mattis pada 24 Okt 2017 di Filipina, Dr Ng menyampaikan komitmen Singapura untuk menghulurkan sumbangannya kepada pakatan Kalah-ISIS yang diterajui AS di Timur Tengah bagi tahun 2018 dan selepas itu. Ini termasuk menyumbang sebuah pesawat kereta kebal KC-135R, Pasukan Analisis Imejan dan pasukan perubatan.

Dalam mesyuarat berasingan dengan Setiausaha Tentera Laut AS Richard Spencer di Washington D.C. pada tahun lepas, kedua-dua Dr Ng dan En. Spencer menegaskan kepentingan kepimpinan berterusan AS di Asia Pasifik sebagai sebuah kuasa untuk keamanan dan kestabilan.

Sebagai tambahan, En. Spencer menegaskan bahawa kehadiran yang dipertingkatkan AS dan penglibatan rakan kongsi yang bertambah di rantau merupakan keutamaan paling tinggi bagi Jabatan Tentera Laut.

Tags