LEGENDA '3 SAAT'

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/9095c202-aef1-4444-b241-3d907697f8e8/09dec22_news1_thumbnaila.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-9095c202-aef1-4444-b241-3d907697f8e8-oYDXaNj /web/wcm/connect/pioneer/9095c202-aef1-4444-b241-3d907697f8e8/09dec22_news1_thumbnaila.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-9095c202-aef1-4444-b241-3d907697f8e8-oYDXaNj /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2022-Q4/malay/09dec22_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2022-Q4/malay/09dec22_news1_ms
09dec22_news1_ms
09 Dec 2022 | COMMUNITY
English 华文

LEGENDA '3 SAAT'

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN CFC (NS) CHUA

English 华文

Apakah urusan yang masih belum diselesaikan oleh CFC (NS) Johnathan Chua dalam Unit Menyelam Tentera Laut (NDU), dan apakah kisah di sebalik 'legenda 3 saat' NDU?

CFC (NS) Chua adalah pengasas bersama GRVTY Media, sebuah syarikat media yang menempatkan saluran popular seperti Vulcan Post dan Daily Ketchup Podcast.

Di pertengahan Kursus Penyelam Tempurnya, Koperal Kelas Pertama (CFC) Johnathan Chua telah disingkirkan secara tiba-tiba. Alasannya? Dia mencatat masa hanya 9:17 minit untuk larian 2.4kmnya – tiga saat jauh daripada masa Komando/Penyelam Emas. (Tiga saat itu kini menjadi kisah NDU; lebih lanjut mengenainya kemudian.)

Ini berlaku pada 2012. Berjalan di bawah 9:15 minit untuk larian 2.4km dan mendapat mata maksimum di setiap stesen Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) merupakan salah satu daripada lima kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh semua pelatih sebelum mereka boleh menamatkan pengajian sebagai penyelam tempur di Unit Menyelam Tentera Laut ( NDU).

"Saya kembali ke katil saya dan menangis," kata CFC Chua, seorang Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) Sepenuh Masa pada ketika itu.

Dia menjelaskan: "Jika saya benar-benar mahukan sesuatu dan saya bekerja keras untuknya, saya akan sentiasa mencapainya. Dan saya telah berusaha sedaya-upaya dalam NDU; Saya sentiasa berlatih apabila saya berada di luar pada hujung minggu namun saya masih gagal."

CFC (NS) Chua diberi sijil kehormat atas usahanya dalam Kursus Penyelam Tempur.

Urusan yang belum selesai

Hampir sedekad kemudian, dia mendapati dirinya kembali ke NDU sekali lagi – kali ini sebagai tetamu selebriti untuk rancangan TV realiti baharu, CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In. Dia menyertai barisan artis dan pempengaruh tempatan untuk menyahut cabaran semasa menjalani latihan oleh penyelam tentera laut.

Dalam episod ke-7 CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In, dia berganding dengan model pelakon Paul Foster (tengah), dan satu-satunya pemandu lumba wanita Singapura, Claire Jedrek (kiri).

Ia adalah peluang bagi lelaki berusia 32 tahun itu melengkapkan urusannya yang masih belum diselesaikan di NDU. Mampukah dia melengkapkan cabaran itu – memandangkan dia kini lebih lebih tua dan lebih menggeleber? (Kenangan susuk tubuh enam otot kekar semasa penyelaman tentera lautnya) Tonton siri ini di Saluran 5 atau dalam talian di meWATCH untuk mengetahui nasibnya!

Kenangan nostalgia

Menurut CFC Chua, kembalinya ke NDU membawakan kenangan manis baginya. Beberapa pengajarnya masih bertugas di NDU dan ingat padanya, malahan pelatih NDU semasa juga tahu mengenainya.

"Dua daripada mereka bertanya saya, 'Oh Tuhanku! Andakah lelaki tiga saat yang dimaksudkan?" kata CFC (NS) Chua.

Nampaknya, selama ini, tenaga pengajar telah berkongsi kisahnya dengan pelatih baharu untuk mendorong mereka supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Semasa tempoh NDUnya, susuk tubuh CFC (NS) Chua memang tegap.
CFC (NS) Chua (tengah) bersama dengan rakan biliknya dari NDU.

Mengimbas kembali zaman NSF beliau, CFC (NS) Chua berkata beliau berasa sangat kecewa digugurkan daripada NDU. "Pengajar saya juga memberi saya cuti 'belas kasihan' (untuk bersedih)," katanya sambil bergelak.

Akhirnya, dia melepaskan perasaan kecewa itu, dan terus berkhidmat dengan penuh keyakinan dalam peranan baharunya sebagai pakar sistem senjata di kapal frigat RSS Tenacious.

Beliau dianugerahkan hadiah NSF Tahunan pada 2013 untuk prestasi NS yang cemerlang.

"Apabila saya dihantar ke kapal, saya memang berminat untuk belajar. Saya tidak mahu mensia-siakan keseluruhan pengalaman NS saya," kata CFC Chua. Dia dilatih untuk mengisi peluru A-Gun dan mengendalikan operasi dek penerbangan, antara tugasan lain.

CFC (NS) Chua (kanan) bersama dengan barisan pelakon The Daily Ketchup Podcast. foto: @TheDailyKetchupPodcast/YouTube

Usahawan yang cekal

Kecekalannya banyak membantu dalam perjalanan keusahawanannya. Pada 2017, beliau mengasaskan Bersama GRVTY Media, sebuah syarikat digital yang menguruskan saluran popular seperti Vulcan Post, Millennials of Singapore (MOSG), dan The Daily Ketchup Podcast.

Dengan pengasas bersamanya Encik Jacky Yap, beliau meneraju syarikat itu untuk bertahan dalam kemelesetan ekonomi semasa penularan COVID-19. Selain itu, syarikatnya juga berjaya membayar bonus kecil kepada warga kerjanya.

"Pada masa-masa susah inilah mereka amat memerlukan bonus mereka dan bukan pada masa senang," kata CFC (NS) Chua. "Mereka bimbang memikirkan sama ada mereka masih ada pekerjaan, sama ada ibu bapa mereka akan kehilangan kerja."

GRVTY Media, yang juga merupakan agensi kreatif, kini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan korporat terkemuka serta pelbagai agensi kerajaan. Dan pada awal Jun tahun ini, Towerhill, firma pelaburan Kiat Lim, anak jutawan Peter Lim, memperoleh pegangan majoriti dalam syarikat itu untuk jumlah yang tidak didedahkan.

Faktor yang mendorong CFC (NS) Chua untuk berusaha dengan gigih adalah warga kerjanya yang berjumlah 45 orang.

Saya pula tidak mahu mengecewakan mereka," katanya. Saya tahu mereka memang berbakat; mereka boleh mencari pekerjaan dengan mudah di tempat lain dan mendapat gaji yang lebih tinggi tetapi mereka memilih untuk bersama-sama saya," katanya.

Jangan ketinggalan menonton CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In disiarkan di Saluran 5 dan dalam talian dimeWATCH.

Tags 2022-com
Suggested Reading
"三秒"传说
"三秒"传说
COMMUNITY
The '3-second' legend
The '3-second' legend
COMMUNITY
09-Dec-22

What unfinished business does CFC (NS) Johnathan Chua have in the Naval Diving Unit (NDU), and what exactly is the '3-second legend’ of NDU-lore?

Smol air defender
Cover story
Smol air defender
COMMUNITY
06-Oct-22

小海警
Cover story
小海警
COMMUNITY
30-Sep-22

MARSHAL LAUT MUDA
Cover story
MARSHAL LAUT MUDA
COMMUNITY
30-Sep-22

Little sea marshal
Cover story
Little sea marshal
COMMUNITY
30-Sep-22

本地艺人和知名网红在新加坡武装部队综艺系列新节目中一决高下
本地艺人和知名网红在新加坡武装部队综艺系列新节目中一决高下
COMMUNITY
ARTIS TEMPATAN & PEMPENGARUH BERTANDING DALAM SIRI ANEKA RAGAM SAF YANG BAHARU
ARTIS TEMPATAN & PEMPENGARUH BERTANDING DALAM SIRI ANEKA RAGAM SAF YANG BAHARU
COMMUNITY
Local artistes & influencers battle it out in new SAF variety series
Local artistes & influencers battle it out in new SAF variety series
COMMUNITY
26-Sep-22

The action-packed 13-part series, hosted by Paul Foster and former Miss World Singapore Laanya Ezra, will premiere on Channel 5 this Wednesday.