Singapore Government
follow us
Posted: 25 Mar 2013, 2120 hours (GMT +8)

Ketua baru ambil alih teraju Tentera Udara



Brigedier-Jeneral (BG) Hoo Cher Mou mengambil alih jawatan Panglima Tentera Udara (CAF) daripada Mejar-Jeneral (MG) Ng Chee Meng dalam upacara peralihan komand yang diadakan di Pangkalan Udara Tengah pada 25 Mac. Peralihan komand itu adalah sebahagian daripada proses pembaharuan kepimpinan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berterusan.

BG Hoo mengambil alih teraju sedang RSAF memperingati ulang tahunnya yang ke-45 tahun ini. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda (Biokimia) dan Master Sarjana (Biokimia) dari Universiti Cambridge dan ijazah Master Pentadbiran Awam daripada Sekolah Pemerintah John F. Kennedy, Universiti Harvard.

Sudah 29 tahun beliau menceburi kerjaya dalam tentera. BG Hoo telah memegang pelbagai jawatan seperti Komander Pertahanan Udara dan Komand Operasi, Ketua Turus - Kakitangan Udara dan Ketua Turus - Kakitangan Bersama.

Di majlis itu, BG Hoo menerima lambang komand daripada MG Ng. Beliau turut menerima surat pelantikannya daripada Panglima Angkatan Pertahanan (CDF) Leftenan-Jeneral (LG) Neo Kian Hong dan membaca ikrar pengambilan komand, dengan disaksikan oleh kira-kira 760 tetamu yang termasuk komander SAF kanan dan pegawai asing.

MG Ng, yang akan menyerahkan jawatan CAF-nya selepas tiga tahun empat bulan, akan mengambil alih sebagai CDF pada 27 Mac. Semasa bertugas sebagai CAF, MG Ng menyelia pengendalian keupayaan utama seperti pesawat pejuang F-15SG, pesawat Amaran Awal Udara (AEW) G550, helikopter tentera laut S-70B Sikorsky serta Pesawat Kawalan Jauh Tanpa Manusia (UAV) Heron 1.

Di bawah jagaannya, RSAF telah menghantar UAV ke Afghanistan untuk menambah keupayaan peninjauan dan pengawasan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Uruzgan; helikopter tentera laut S-70B, Pesawat Peronda Maritim Fokker-50 dan helikopter Super Puma ke Teluk Aden untuk menyokong operasi antilanun pesawat pengangkut C-130 dan pesawat mengisi minyak udara-ke-udara KC-135R ke Christchurch bagi operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana.

Dalam ucapan perpisahan beliau semasa perbarisan, MG Ng bercakap tentang banyaknya peranan CAF, termasuk menjadi bertanggungjawab untuk kejayaan misi dalam semua misi RSAF, dan dalam bidang pembangunan operasi dan keupayaan. "Bagaimanapun, peranan yang paling strategik semasa tugas saya sebagai Ketua adalah mewujudkan persekitaran di mana orang-orang kita boleh berkembang maju," kata MG Ng.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga beliau, Kementerian Pertahanan dan kepimpinan SAF, ketua-ketua turusnya, komander formasi dan "saudara seperjuangan" daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan Perkhidmatan Bersama.

"Melihat Tentera Udara hari ini, saya amat berbangga dengan pencapaian kita dan sejauh mana kita telah melangkah dalam 45 tahun kewujudan kita yang singkat ini. Kita adalah Tentera Udara yang kuat dan dihormati di rantau ini, dan saya berani mengatakan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi dengan Tentera Udara terbaik di dunia," katanya.

MG Ng juga mengucapkan terima kasih kepada para askar udara lelaki dan wanita RSAF atas dedikasi, kerja keras dan pengorbanan mereka. "Anda telah memelihara keselamatan ruang udara kita, dan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan orang-orang yang kita sayangi." Sedang suaranya begitu sarat dengan emosi ketika menukil satu peribahasa oleh Encik Zubir Said, pengarang lagu kebangsaan Singapura, beliau berkata: "Junjung langit di mana anda tinggal, dan sentiasalah utamakan penjagaan tentera udara. "





Last updated on 13 Jun 2013
browse by topics