Ministry of Defence, Singapore Singapore Government
Home
Contact Info | Feedback | Sitemap 
  Search   
Advanced Search 
Home > Editions > Malay > Berita > Mei > Angkatan Tentera Laut menyambut ulangtahun ke 41
Angkatan Tentera Laut menyambut ulangtahun ke 41
  Email Article     Print Article
Posted: 12 May 2008, 1630 hours (Time is GMT +8 hours)

Laporan oleh Shawn Ang

Gambar oleh Aloysius Tan dan Shawn Ang

Melengkapkan jigsaw: Mejar Chow Soon Shee mencantumkan kepingan jigsaw. Hasil lukisan ini telah dijadualkan untuk disertakan dalam Buku Rekod-Rekod Singapura 2008 sebagai 'Jumlah orang yang teramai dalam melengkapkan jigsaw'.
Melengkapkan jigsaw: Mejar Chow Soon Shee mencantumkan kepingan jigsaw. Hasil lukisan ini telah dijadualkan untuk disertakan dalam Buku Rekod-Rekod Singapura 2008 sebagai 'Jumlah orang yang teramai dalam melengkapkan jigsaw'.

Ia adalah untuk penghargaan dan memperingati sumbangan. Ia juga merupakan hari di mana para anggota Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) bergembira dan bertemasya dalam suasana santai.

Dalam ucapan beliau, Ketua Angkatan Laut, Laksmana Muda (RAMD) Chew Men Leong, telah memberi penghargaan kepada semua anggota, lelaki dan wanita, dari RSN.

Beliau telah berkongsi cerita-cerita mengenai para anggota yang telah sangup melanjutkan tarikh tamat perkhidmatan (ORD) hanya untuk berkhidmat dengan kapal yang dikerahkan ke luar negara.

"Kami telah berjaya mencapai banyak kemajuan dan mara sejauh ini kerana anda semua, lelaki dan wanita dalam RSN; anda yang sedang berdiri di sini pada hari ini," kata RADM Chew.

"Tapi kita tidak boleh mengambil mudah hakikat yang kita mempunyai pegawai-pegawai yang baik. Kita harus terus berusaha untuk melabur dalam para anggota kita bagi memastikan setiap seorang daripada anda dapat mencapai potensi anda sepenuhnya."

RADM Chew juga menekankan usaha-usaha berterusan untuk "memperkasakan anggota di setiap peringkat." Beliau memetik perayaan Hari Angkatan Laut sebagai contoh, di mana kebanyakan anggota jawatankuasa pengajur dianggotai oleh pegawai-pegawai Waran dan Spesialis.

Perayaan ini bukan sekadar acara-acara rasmi saja, sebuah karnival mini juga telah didirikan bersebelahan dengan dataran perbarisan.

Hari Angkatan Tentera tahun ini juga ada kelainannnya. Para peserta telah diundang untuk melengkapkan jigsaw mosaik, yang akan disenaraikan dalam Buku Rekd-Rekod Singapura.


Last updated on 06 Jun 2008
 
 Privacy Statement | Terms of Use © 2008 Government of Singapore