Ministry of Defence, Singapore Singapore Government
Home
Contact Info | Feedback | Sitemap 
  Search   
Advanced Search 
Home > Editions > Malay > Berita > Mei > Wakil Forum Serantau ASEAN melawat pusat latihan CBRE
Wakil Forum Serantau ASEAN melawat pusat latihan CBRE
  Email Article     Print Article
Posted: 08 May 2008, 1600 hours (Time is GMT +8 hours)

Laporan oleh Brendan Mark Foo

Gambar oleh Aloysius Tan

Wakil ARF sedang menyaksikan demonstrasi oleh anjing pencari senjata dan bahan letupan.
Wakil ARF sedang menyaksikan demonstrasi oleh anjing pencari senjata dan bahan letupan.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menjadi tuan rumah ketika menyambut kedatangan para wakil Forum Serantau ASEAN ke Pusat Latihan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (CBRE) di Kem Seletar pada 7 Mei lalu.

Sewaktu lawatan tersebut, para wakil telah menyaksikan sebuah demonstrasi mengesan dan membersihkan Alat Letupan yang diubah-elok (IED) oleh Kumpulan Pertahanan CBRE, serta sebuah prosedur pemulihan pencemaran oleh Angkatan Gerak Balas Perubatan SAF.

Mereka juga telah menyaksikan sebuah pameran statik, yang termasuk robot, alat-alat pengesan, kelengkapan untuk pemulihan pencemaran dan pelengkapan perlindungan.

Lawatan tersebut yang merupakan sebahagian dari aturcara Dialog Pertahanan Forum Serantau ASEAN (ARF DD) dan Persidangan Dasar Keselamatan ARF (ASPC), telah memberi peluang untuk para wakil memupuk dan mempertingkatkan semangat bina keyakinan dan saling bekerjasama.


Last updated on 06 Jun 2008
 
 Privacy Statement | Terms of Use © 2008 Government of Singapore